Wednesday, March 24, 2010

MALAM ANUGERAH CEMERLANG RUKUN TETANGGA DAERAH LARUT MATANG 2010

Taiping, Perak.

JPNIN Daerah Larut Matang Selama dan Kerian, Taiping telah mengadakan Malam Anugerah Cemerlang Rukun Tetangga Daerah Larut Matang 2010 pada 13.3.2010 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, Kamunting, Taiping Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN.

Pelbagai kategori anugerah telah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa KRT yang cemerlang dalam melaksanakan tugas kepada KRT.

KRT Taman Kuningsari, Taiping Perak telah mendapat dua anugerah iaitu Tuan Hj Yahya bin Yang telah menerima Anugerah Pengerusi RT Cemerlang 2010 dan En. Zulkifly bin Mohd Rose telah menerima Anugerah Setiausaha RT Cemerlang 2010.


Tuan Hj Yahya bin Yang juga adalah Pengerusi RT Cemerlang Daerah Larut Matang, Taiping Perak bagi tahun 2009.



Tn. Hj Yahya bin Yang (No.5 dari kiri) sedang menerima Sijil Anugerah Pengerusi RT Cemerlang 2010 daripada Y.Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN.


Sijil Pengerusi RT Cemerlang.

En. Zulkifly bin Mohd Rose sedang menerima Sijil Anugerah Setiausaha RT Cemerlang 2010 daripada Y.Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN.

Sijil Anugerah Setiausaha RT Cemerlang.






SALAM PERPADUAN




































































































































































Tuesday, March 9, 2010

PELEKAT KERETA KRT TAMAN KUNINGSARI, TAIPING.

KRT Taman Kuningsari, Taiping, Perak telah mengadakan Pelekat Kereta untuk semua kereta penduduk Taman Kuningsari, Taiping secara percuma mulai 1.1.2010 dan penduduk boleh menghubungi KRT untuk mendapatkan pelekat kenderaan tersebut.



Saturday, March 6, 2010

KABIN DIJADIKAN SEBAGAI PEJABAT KRT DAN PUSAT SRS

TAIPING, Perak.


KRT TamanKuningsari, Taiping mempunyai dua (2) unit Kabin sebagai tempat operasi Pentadbiran KRT dan Pusat SRS. Setiap kabin ini adalah berukuran 20 kaki panjang, 10 kaki lebar dan tinggi 8.5 kaki. Satu kabin digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran KRT dan sebuah lagi dijadikan sebagai Pusat SRS. Kabin ini telah dibeli pada bulan Februari 2009.


Sungguhpun demikian, Kabin ini tidak dapat digunakan pada waktu siang kerana terlalu panas. Kabin ini tidak mempunyai alat penghawa dingin kerana KRT tidak mempunyai kewangan buat masa ini. Kabin boleh digunakan hanya waktu malam hari sahaja.


Kabin yang telah berusia setahun itu kini mulai berkarat kerana terdedah kepada panas matahari dan hujan . KRT Taman Kuningsari sedang berusaha mencari sumber-sumber kewangan lebih kurang RM15,000.00 untuk memasang atap berasingan bagi melindungi kedua-dua kabin tersebut atas keluasan tapak kabin 46kaki panjang x 46kaki lebar.

Terima kasih kepada Pegawai JPNIN Daerah Larut Matang Selama & Kerian, Taiping dan Pengarah JPNIN Negeri Perak kerana membantu KRT Taman Kuningsari dalam usaha-usaha mendapatkan kabin tersebut.



TAKLIMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN ' THE MALAYSIAN COHORT"

TAIPING Perak - 12 Februari 2010

KRT Taman Kuning Sari telah mengadakan satu taklimat "The Malaysian COHORT' untuk pemastautin Taman Kuning Sari.



The Malaysian Cohort adalah satu projek penyelidikan perubatan peringkat kebangsaan yang melibatkan pengumpulan maklumat kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan biospesimen. The Malaysian Cohort merupakan koloborasi antarabangsa dan teknologi bertaraf dunia. Printis teknologi dalam menentukan risiko kejadian penyakit dan mengenalpasti punca penyakit untuk generasi masa hadapan. The Malaysian Cohort adalah Program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Lebih kurang 103 orang penduduk telah hadir. Taklimat diadakan di Perkarangan Dewan oang Ramai Taman Kuning Sari mulai jam 9.30 malam. Taklimat di sampaikan oleh Tn Hj Yahya Yang Pengerusi KRT Taman Kuning Sari. Tayangan Video 'The Malaysian COHORT" juga diadakan untuk memberikan gambaran lebih jelas bagaimana pemeriksaan kesihatan dilakukan. 35 orang telah mendaftarkan nama untuk menyertai pemeriksaan kesihatan yang akan diadakan dalam bulan Mac 2010 ini di Taiping. Taklimat tamat jam 11.00 malam dengan jamuan ringan.