TAIPING, Perak.
KRT TamanKuningsari, Taiping mempunyai dua (2) unit Kabin sebagai tempat operasi Pentadbiran KRT dan Pusat SRS. Setiap kabin ini adalah berukuran 20 kaki panjang, 10 kaki lebar dan tinggi 8.5 kaki. Satu kabin digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran KRT dan sebuah lagi dijadikan sebagai Pusat SRS. Kabin ini telah dibeli pada bulan Februari 2009.
Sungguhpun demikian, Kabin ini tidak dapat digunakan pada waktu siang kerana terlalu panas. Kabin ini tidak mempunyai alat penghawa dingin kerana KRT tidak mempunyai kewangan buat masa ini. Kabin boleh digunakan hanya waktu malam hari sahaja.
Kabin yang telah berusia setahun itu kini mulai berkarat kerana terdedah kepada panas matahari dan hujan . KRT Taman Kuningsari sedang berusaha mencari sumber-sumber kewangan lebih kurang RM15,000.00 untuk memasang atap berasingan bagi melindungi kedua-dua kabin tersebut atas keluasan tapak kabin 46kaki panjang x 46kaki lebar.
Terima kasih kepada Pegawai JPNIN Daerah Larut Matang Selama & Kerian, Taiping dan Pengarah JPNIN Negeri Perak kerana membantu KRT Taman Kuningsari dalam usaha-usaha mendapatkan kabin tersebut.
Salam sejahtera~ Jom sertai www.i-Neighbour.com hari ini untuk membina jiran tetangga, bertemu dengan jiran, interaksi dan berkongsi dengan mereka~~ sementara itu, anda juga boleh memenangi mata ganjaran untuk menebus hadiah percuma~~ Jangan lepaskan peluang ini~!!
ReplyDelete